Selangor Tidak Haramkan Vape

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 7:19 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor tidak akan menguatkuasakan larangan vape di negeri ni sehingga Kerajaan Persekutuan membuat keputusan muktamat mengenai isu berkenaan.

Menerusi kenyataan media pada Rabu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata satu bengkel bagi membincangkan mengenai vape di negeri ini telah diadakan baru-baru ini.

Katanya, rumusan bengkel yang turut dihadiri wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), NGO dan pengusaha vape dibentangkan dalam mesyuarat exco pada Rabu.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor memberi pertimbangan agar isu vape ini ditangani dengan penuh tanggungjawab," katanya.

Selain itu Dr Daroyah berkata kerajaan negeri juga bersetuju supaya sebarang keputusan berkaitan penggunaan Vape adalah tertakluk kepada arahan dan dasar semasa KKM.

"Oleh itu kerajaan negeri mendesak KKM agar menggubal, mengkaji dan menyemak akta dan undang-undang yang diperuntukkan agar penguatkuasaan sepenuhnya terhadap akta-akta tersebut mampu dilaksanakan dengan berkesan.

"Kesemua akta yang terlibat dalam pelaksanaan isu Vape ini seperti Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah dibawah bidang kuasa KKM, ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri," katanya.

Tambah Dr Daroyah lagi, selaras dengan surat KKM bertarikh 9 Disember lalu, kerajaan negeri bersetuju agar tiada lesen baharu akan diberikan kepada pengusaha Vape.

"Oleh itu tiada lagi sebarang kelulusan dan pembaharuan lesen akan diberikan oleh PBT untuk tujuan ini sehingga satu keputusan dikeluarkan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Sehingga kini kira-kira 69 lesen telah dikeluarkan untuk tujuan tersebut dan 30 daripadanya merupakan lesen sementara.

Tags / Kata Kunci: Vape , Daroyah Alwi

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan