PM Bentang Pengubahsuaian Bajet Pada 28 Januari

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 10:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata memandangkan harga minyak mentah terus turun, mencecah US$29 setong hari ini dan menjejaskan mata wang tempatan, kerajaan akan mengumumkan  anggaran baru purata harga minyak yang akan menjadi dasar bajet negara.

Kerajaan juga akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar bagi tahun ini yang tidak akan berkompromi dengan mekanisme penyampaian kerajaan dan memastikan projek pro-pertumbuhan diteruskan.

"Kita akan memastikan sistem penyampaian diteruskan dan kekal kukuh serta tidak akan mengurangkan gaji dan emolumen penjawat awam.

"Kerajaan akan melaksanakan langkah pengurangan kos di mana yang sesuai  yang tidak akan menjejaskan pertumbuhan dan meneliti bidang-bidang yang boleh dijimatkan.

"Sebagai contoh, kenderaan kerajaan tidak akan diganti, manakala kos lawatan ke luar negara dikurangkan," kata beliau kepada pemberita pada sesi pengenalan pejabat Kumpulan Bank Dunia di Malaysia di sini, Rabu.

Melalui 24 kementerian dalam kerajaan, banyak penjimatan boleh dilakukan, katanya, sambil menambah peningkatan kos sara hidup dan projek-projek berteraskan rakyat akan terus diberi penekanan dalam bajet yang disemak semula ini.

Dalam ucapannya, beliau berkata pejabat Bank Dunia akan dapat menjalankan banyak kajian untuk membantu negara serta rantau Asia tentang cara-cara untuk mengembangkan ekonomi.

"Lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti kelebihan daya saing Malaysia dengan kelembapan China dan ekonomi global. Ini juga untuk  menangani persepsi salah tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik," katanya.

Sementara itu, wakil Bank Dunia dan pengurus negara bagi Malaysia Faris Hadad-Zervos berkata pejabat Malaysia merupakan satu-satunya pejabat seumpamanya berbanding 120 pejabatnya di seluruh dunia memandangkan ia akan menjalankan penyelidikan global terutamanya memberi tumpuan kepada Malaysia.

"Di pejabat ini, kami akan memanfaatkan pengalaman Malaysia dalam Bank Dunia memandangkan negara ini mempunyai banyak kejayaan dalam beberapa bidang, seperti sektor kewangan dan mengubah ekonomi berasaskan komoditi kepada  pertumbuhan yang lebih pelbagai dan banyak lagi.

"Kami juga boleh berkongsi pengalaman hebat Malaysia dengan negara-negara lain di seluruh dunia semasa menerima cabaran untuk menuju ke hadapan, membawa penyelesaian dunia ke Malaysia dan pengetahuan baru perdagangan dan ini yang menjadikan pejabat Kuala Lumpur unik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2016

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan