Mufti Perlis Puji Tindakan Najib Lawat Hadi Di IJN

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin memuji tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Datuk Seri Hadi Awang di Institut Jantung Negara, menyatakan ia sebagai langkah 'terpuji'.

"Apa pun masalah yang ada, menziarahi orang sakit dan berhubungan baik sesama muslim dan insan adalah sesuatu yang terpuji.

"Kita memuji perkara yang baik dan kita menyatakan perbezaan kepada yang sebaliknya. Urusan yang lain itu terserah kepada Allah. Dia lebih tahu hakikat hamba-hambaNya. Kita memohon hidayah untuk diri kita dan untuk semua," kata Dr Asri di laman Facebooknya, Rabu.

Beliau turut menyiarkan gambar Najib berbual dengan Hadi yang juga Presiden PAS yang sedang menerima rawatan di IJN.

Najib mengambil cuti untuk melawat Hadi pada Selasa di mana beliau turut melawat bekas pembantunya.

Hubungan antara kedua-dua pemimpin menjadi hangat selepas Najib menghulurkan tangan kepada PAS untuk membina negara mengikut prinsip Islam.

Najib dan Hadi turut berkongsi pentas dalam sebuah forum baru-baru ini yang membincangkan tentang perpaduan Islam.

Walau bagaimanapun, parti Islam itu menegaskan bahawa tidak akan ada kerjasama politik antara Umno-PAS tetapi boleh berkerjasama dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Tags / Kata Kunci: Mufti Perlis , IJN , Dr Asri Zainul Abidin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan