Iklan #BebasAnwar Dapat Kelulusan PBT - MP Selayang

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Papan tanda gergasi #BebasAnwar tidak langgar undang-undang, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak bimbang pemasangan billboard itu akan menimbulkan masalah kerana ia dibuat mengikut prosedur dan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

"Sudah tentu ia dipasang selepas kita mendapat permit dan lesen.

"Saya memasangnya secara rela hati bersama beberapa penyumbang yang 'sehati sejiwa' dan bersama-sama memperjuangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Beliau bagaimanapun enggan berkongsi kos billboard yang dipasang beberapa hari lalu.

William berkata demikian sebagai mengulas billboard #BebasAnwar yang dipasang di kawasan Parlimennya, berhampiran Hospital Selayang.

Papan tanda dengan gambar ketua pembangkang berserta tulisan "Bebas Rakyat, Bebas Anwar" itu adalah yang kedua selepas yang pertama di Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Menurutnya, sebagai sebuah negara demokrasi, beliau tidak melihat tindakannya itu sebagai satu kesalahan.

"Ia bukan kempen politik, ia lebih daripada politik. Ia dinaikkan demi kepentingan rakyat.

"Di negara kita memang ada pendapat yang berbeza, ada yang akan kritik. Jika takut, kita tak akan berbuat apa-apa, tak perlu takut kerana ia sesuatu yang perlu dilakukan untuk negara ini," katanya.

Tambahnya, beliau juga tidak berdepan masalah sepanjang proses membuat permohonan untuk memasang papan tanda itu.

Mengenai mesej yang ingin disampaikan melalui papan tanda gergasi itu, William berkata, mesejnya cukup jelas dan dapat difahami warga Selangor khususnya penduduk di Selayang.

Katanya, selain sebagai ingatan kepada rakyat mengenai perjuangan Anwar dalam kerajaan Pakatan Rakyat, ia juga sebagai suara menuntut agar Anwar dibebaskan.

"Kita akan memasangnya di beberapa tempat lagi yang difikirkan sesuai dalam masa terdekat," katanya.

Pada Selasa, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, parti itu menggalakkan iklan atau promosi seperti itu yang berbentuk informasi kepada rakyat, namun keputusan mengenai pemasangannya akan diputuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Setiap Adun mempunyai peruntukan untuk perkara-perkara seperti ini yang boleh dimanfaatkan demi kepentingan rakyat, mereka ada hak, parti tak wajibkan tetapi menggalakkannya," katanya.



iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan