Hampir 500 Tan Metrik Barangan Kitar Semula Dikutip Setakat Disember 2015

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir 500 tan metrik barangan kitar semula dikutip di tujuh negeri di Semenanjung Malaysia dalam tempoh empat bulan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca yang berkuatkuasa 1 September lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Datuk Zulkapli Mohamed berkata, dalam tempoh itu sebanyak 43,979 surat peringatan mesra dikeluarkan kepada orang awam dalam usaha meningkatkan kesedaran mereka tentang pelaksanaan berkenaan.

"Pelaksanaan ini sedang berada pada fasa kedua iaitu proses mendidik dan menerangkan kepada masyarakat melalui Program Op Mata Hati dan 1,571,641 premis bertanah telah dimaklumkan melalui edaran risalah garis panduan dan penerangan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Rabu.

Sehingga Rabu lepas, sebanyak 226,123 premis telah diperiksa dan Notis Pemberitahuan Kesalahan di bawah Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011, Peraturan 14(2)(b) dikeluarkan kepada mereka yang masih gagal berbuat demikian.

"Sebelum memasuki fasa ketiga di mana tindakan kompaun akan dikenakan bermula 1 Jun ini, pihak kami melalui pegawai penguat kuasa di setiap daerah akan memastikan penerangan mengenai pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca telah diberikan kepada setiap penghuni premis bertanah," katanya. 

Inisiatif pengasingan sisa buangan yang tertakluk di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dilaksanakan di Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Zulkapli berkata penduduk yang tinggal di kediaman bertingkat seperti pangsapuri juga perlu mengikut pelaksanaan ini seperti yang ditetapkan penduduk bangunan bertanah.

"Mereka perlu memasukkan sisa kitar semula ke dalam sangkar besi yang disediakan syarikat konsesi... penyediaan tong sampah adalah di bawah tanggungjawab syarikat konsesi," katanya. 

Berdasarkan Akta 672, kompaun maksimum sehingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap penduduk yang enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal di tujuh negeri itu berkuatkuasa 1 Jun 2016.--Bernama

Tags / Kata Kunci: kitar semula , Zulkapli Mohamed , SWCorp

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan