Tiga Mahkamah Baharu Bakal Dibina Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 1:26 PM

Nancy Shukri.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiga mahkamah baharu bakal dibina pada tahun ini bagi menyediakan persekitaran mahkamah yang selamat dan kondusif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Tiga mahkamah itu ialah Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Kelantan, Mahkamah Ampang, Selangor dan Mahkamah Kangar di Perlis, katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini, Selasa.

Selain itu, terdapat dua projek dalam pembinaan sehingga 31 Disember lepas, iaitu Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang kini 20.26 peratus siap serta dijangka siap sepenuhnya 1 April 2017, dan Mahkamah Besut yang sudah mencapai tahap 32 peratus pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 8 Oktober tahun ini, katanya.

Mengenai pencapaian Jabatan Bantuan Guaman (JBG) tahun lepas, Nancy berkata, JBG melepasi sasaran sebanyak 106 peratus apabila memberikan khidmat nasihat guaman kepada 46,000 individu.

"Ini jelas menunjukkan sokongan dan penerimaan rakyat umumnya terhadap JBG sebagai satu-satunya firma guaman kerajaan yang menerajui bantuan guaman secara profesional kepada masyarakat setanding dengan firma guaman swasta," katanya.

Pada majlis hari ini, Nancy turut melancarkan Garis Panduan Pembangunan Fizikal Mahkamah yang akan menjadi rujukan kepada pegawai agensi kerajaan, jurutera serta arkitek yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perancangan pembangunan mahkamah baharu dan menaik taraf bangunan mahkamah sedia ada. 

Beliau berkata, garis panduan berkenaan akan dijadikan perintis memandangkan selama ini tiada garis panduan khusus untuk perancangan pembangunan mahkamah diterbitkan sebelum ini. 

Antara manfaat garis panduan berkenaan ialah memudah dan mempercepat proses perancangan projek pembinaan mahkamah baharu atau naik taraf bangunan mahkamah, penggunaan tanah dan keluasan bangunan dengan lebih efisien dan penjimatan kos penyelenggaraan dan pembangunan mahkamah, katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan