Spesis Labah-Labah Dinamakan Sempena David Bowie - Berita Semasa | mStar

Spesis Labah-Labah Dinamakan Sempena David Bowie

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 11:22 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya adanya spesis labah-labah kuning yang hanya ditemui di beberapa kawasan di negara ini yang telah dinamakan sempena mendiang bintang rock terkenal, David Bowie.

Labah-labah itu ditemui tujuh tahun lalu oleh Peter Jager dinamakan Heteropoda davidbowie, menurut laporan 2009 oleh akhbar British, The Telegraph.

Serangga itu berbeza berbanding spesis labah-labah lain daripada segi saiz dan bulu kuningnya.

Bowie dipilih sebagai penghormatan kepada sumbangannya terhadap muzik dunia, terutama menerusi album pada 1972, The Rise and Fall of Ziggy Stardust and the Spiders from Mars.

Jager berkata, menamakan labah-labah sempena selebriti menarik perhatian ramai terutama spesis yang pupus kerana habitatnya yang dimusnahkan kerana kegiatan manusia.

Bowie yang ketika era kegemilangannya dikenali ramai menerusi lagu seperti "Space Oddity", "Young Americans" dan "Let's Dance" meninggal dunia kerana kanser pada usia 69 tahun.


Tags / Kata Kunci: David Bowie , labah-labah , Peter Jager , British
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan