Program Pembangunan Parlimen Sia-Sia Jika Anggota Tidak Rebut Peluang

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Parlimen boleh diperkasakan untuk mewujudkan program yang memberi manfaat kepada anggotanya, bagaimanapun ia akan menjadi sia-sia jika Anggota Parlimen (MP) sendiri tidak menggunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya.

Speaker Parlimen New Zealand David Carter berkata kunci bagi menangani dilema ini adalah dengan MP terbabit turut mengambil bahagian dan memotivasikan diri.

"Anggota Parlimen sentiasa mengejar masa dan sering bertugas dalam waktu yang panjang.

"Mereka mungkin menyatakan bahawa mereka mahu lebih latihan, tetapi menetapkan sesi latihan pada hari bekerja mungkin amat mencabar dan latihan akan menjadi perkara pertama yang mereka tinggalkan apabila berlakunya isu yang tidak dapat dielakkan dan di luar jangka yang boleh mengubah hari mereka," katanya.

Beliau menyampaikan ucaptama atas tajuk 'Orientasi dan Pembangunan bagi Anggota Parlimen' pada Persidangan Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-negara Komanwel (CSPOC) Ke-23 di sini, Selasa.

Carter berkata Parlimen perlu menyokong usaha bagi mewajibkan program pembangunan profesional terhadap MP mereka.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pendekatan sedemikian boleh dianggap sebagai kurang wajar oleh sesetengah pihak atas alasan ia bertentangan dengan tanggapan demokratik bahawa rakyatlah yang memilih MP sebagai wakil mereka.

"Berkaitan dengan perkara ini adalah pandangan bahawa anggota parlimen bertanggungjawab kepada para pengundi berhubung prestasi mereka dan prestasi itu akhirnya dinilai setiap kali berlangsungnya pilihan raya yang seterusnya.

"Apakah motivasi yang lebih baik untuk menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya daripada mendedahkan diri anda kepada risiko yang sangat umum untuk kehilangannya setiap tiga, empat atau lima tahun," katanya.

Carter berpendapat bahawa sungguhpun MP tidak diwajibkan untuk mengikuti program pembangunan, namun Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk melengkapkan anggotanya supaya menjadi individu profesional.

"Kami mahu anggota menyumbang secara positif kepada masyarakat, sama ada semasa mereka menjadi wakil rakyat walaupun hanya bagi satu penggal, mahupun apabila mereka berundur daripada Parlimen," katanya.

Carter berkata pelaburan ke atas MP supaya mereka boleh melaksanakan tugas dengan baik bukanlah tugas mudah, lebih-lebih lagi untuk memenangi hati orang ramai dan media, yang telahpun biasa mendengar serta menulis berita berkaitan MP yang lemah pertimbangan atau mengambil kesempatan daripada dana awam.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan