Selepas Permatang Pauh, #BebasAnwar Dipacak Di Selangor

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 8:00 PM

Papan iklan gergasi yang dinaikkan di tepi lebuh raya di Selayang, Selangor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas Pulau Pinang, kini kempen untuk membebaskan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara terus dipergiatkan apabila papan iklan gergasi dengan paparan 'Bebas Rakyat, Bebas Anwar' yang pertama dinaikkan di lebuh raya di Selayang, Selangor.

Selepas Selayang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka merancang untuk menambah lebih banyak billboard seumpamanya dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, parti itu menggalakkan iklan atau promosi seperti itu yang berbentuk informasi kepada rakyat, namun keputusan mengenai pemasangan billboard itu diputuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Setiap Adun mempunyai peruntukan untuk perkara-perkara seperti ini yang boleh dimanfaatkan demi kepentingan rakyat, mereka ada hak, parti tak wajibkan tetapi menggalakkannya.

“Saya percaya selepas ini lebih banyak billboard seumpama itu akan dinaikkan,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Facebook #BebasAnwar pada petang Selasa telah memuat naik gambar billboard itu di Selangor. Ia adalah yang kedua, selepas yang pertama dipasang di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Maka, terpacaklah billboard gergasi Anwar Ibrahim yang pertama di negeri Selangor, selepas Kubang Semang di Permatang Pauh, Pulau Pinang,” menurut posting tersebut.

Posting tersebut turut menyatakan lokasi papan tanda itu iaitu di lebuh raya di Selayang.

Sementara itu, menerusi posting yang sama terdapat komen di kalangan netizen yang menyatakan papan iklan gergasi di Selangor tidak sebesar di Permatang Pauh.

“Tidak sebesar di Kubang Semang, kampung saya,” tulis Hanis Norman di ruangan komen.

Pengendali Facebook itu membalas dengan menjawab ‘Kubang Semang tinggi, Selayang lebar’.

Dalam pada itu Syed Ibrahim berkata, tindakan menaikkan papan iklan gergasi itu dibuat sebagai sebahagian daripada kempen anti kezaliman yang didakwa berlaku terhadap Anwar.

“Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kita anggap telah dizalimi oleh Umno dan Barisan Nasional.

“Program March 2 Freedom masih berjalan tetapi kita saling membantu dan saling menyokong antara satu sama lain dalam perkara ini,” katanya.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan