HTAA Pasang Sistem Penghawa Dingin Berasingan Di ICU

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 11:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini memasang sistem penghawa dingin sementara di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sebagai langkah penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah panas di unit ICU.

Pengarahnya Datuk Dr Ardi Awang berkata tujuh unit penghawa dingin berasingan itu dipasang di ICU hasil perbincangan bersama pihak konsesi hospital yang bersedia membekalkan kemudahan itu secara pinjaman.

"Enam unit penghawa dingin sudah siap dipasang manakala satu lagi unit  masih dalam proses pemasangan," katanya pada sidang media di hospital itu pada Selasa.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan penghawa dingin di ICU hospital itu tidak berfungsi menyebabkan tingkap terpaksa dibiarkan terbuka untuk membolehkan udara masuk selain kipas berdiri digunakan bagi menyejukkan pesakit dan peralatan penting.

Kakitangan di unit berkenaan juga terpaksa bekerja dalam keadaan panas berikutan tiada jalan penyelesaian segera diambil.

Terpanggil dengan masalah itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan maklum balas menerusi laman sosial Facebooknya dan mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya mengambil tindakan segera untuk menangani masalah itu.

Sementara itu, Dr Ardi berkata kos penyelenggaraan hospital itu tahun ini dijangka menelan belanja RM38 juta, melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan di enam bahagian perkhidmatan sokongan hospital.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan