Cadangan Transformasi Parlimen Dibawa Ke Kabinet - Azalina

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2016 11:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, antaranya untuk mewujudkan Kamar Khas, pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang bagi memuktamadkan pindaan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, yang bertanggungjawab mengenai Parlimen berkata antara teras-teras pindaan yang  dicadangkan adalah berkaitan pertanyaan jawab lisan, cadangan mewujudkan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dan Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Baru.

Keputusan untuk mendapat kelulusan Jemaah Menteri mengenai pindaan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet untuk meneliti pindaan  Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Ketua Whip Barisan Nasional pada Khamis lepas.

Azalina berkata selain beliau, mesyuarat itu turut disertai anggota jawatankuasa kabinet iaitu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

"Jawatankuasa ini telah ditubuhkan susulan pembentangan cadangan pindaan ini buat pertama kalinya iaitu pada mesyuarat Jemaah Menteri 4 Disember 2015.

"Seterusnya setelah dimuktamadkan oleh Jemaah Menteri, pindaan-pindaan ini akan dirujuk semula kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan, di sini.

Melalui mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang diadakan, cadangan pindaan itu telah diperhalusi dan secara sebulat suara bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan kecuali pindaan berkaitan Penubuhan  Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Baru yang telah ditangguhkan untuk kajian penelitian dan perbandingan yang lebih mendalam," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Parlimen , Dewan Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan