Tun Razak Ada Cara Tersendiri Tunjuk Kasih Sayang - Najib

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 11:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun ayahandanya, Tun Abdul Razak seorang pendiam sifatnya namun Allahyarham mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

"Teringat kembali, Allahyarham Ayahanda dulu seorang yang pendiam, tetapi beliau tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dengan cara beliau tersendiri.

Al-Fatihah," katanya dalam catatan terbaru dalam laman Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri telah mengimbau kembali ingatannya terhadap ayahandanya apabila membuat catatan itu ketika ditemu bual oleh stesen penyiaran RTM untuk rancangan memperingati 40 tahun pemergian ayahandanya.

Allahyarham Tun Abdul Razak, yang digelar Bapa Pembangunan Malaysia, dilahirkan pada 11 Mac 1922, dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kedua  pada 22 September 1970.

Beliau meninggal dunia kerana penyakit leukemia di London pada 14 Jan 1976.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan