Parlimen Bakal Wujud Dewan Kedua - Pandikar

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Kabinet Mengenai Transformasi Parlimen menerima cadangan mewujudkan dewan kedua bagi Anggota Parlimen mengemukakan usul yang ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata dewan kedua itu dicadangkan bagi mengelak persepsi negatif terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya.

Dewan kedua itu, akan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat atau mana-mana timbalannya serta dihadiri kementerian terlibat dengan usul itu.

Tabiat ahli-ahli Yang Berhormat ini, apabila mereka tahu usul mereka itu tidak diterima, mereka akan membuat sidang akhbar di luar dewan dan mengata bukan-bukan pasal Speaker. Mereka hanya mahu publisiti.

"Oleh itu, untuk menghilangkan persepsi tidak baik itu, kita wujudkan satu lagi dewan di mana mereka boleh katakan apa sahaja mereka mahu katakan, katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian Persidangan Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-negara Komanwel (CSPOC) Ke-23 di sini, Isnin.

Pandikar berkata dewan kedua itu, yang akan bersidang secara selari dengan persidangan Dewan Rakyat, tidak melibatkan sebarang pengundian.

Beliau berkata jawatankuasa itu turut menerima cadangan memendekkan notis bagi mengemukakan soalan yang memerlukan jawapan lisan daripada 14 hari kepada 10 hari, dan mewujudkan tempoh soal jawab menteri yang menetapkan satu minit pertanyaan dan tiga minit untuk jawapan.

Jawatankuasa itu juga akan mempertimbang cadangan Parlimen untuk mewujudkan Jawatankuasa Tetap dalam setiap kementerian untuk isu yang tidak sempat dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat.

Yang ini (Jawatankuasa Tetap), kerajaan masih menimbang atas sebab Kabinet mempersoal sama ada jawatankuasa ini seperti ala Amerika dengan menteri menganggotai jawatakuasa itu dan disoal siasat.

Itu bukan sistem kita. Sistem kita berdasarkan model Westminster (Parlimen United Kingdom), tetapi kita merangka dengan cara kita sendiri ala Malaysia," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Parlimen , Dewan Rakyat , Pandikar Amin Mulia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan