Najib Terkejut Dua Rakyat Malaysia Terlibat Serangan Bom Berani Mati

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 10:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut dan terperanjat mendengar bahawa dua rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam serangan bom berani mati di Iraq dan Syria, yang mengakibatkan lebih 30 orang yang tidak berdosa terkorban.

Menerusi catatan dalam laman Facebook pada Isnin, Najib berkata tindakan dan  ideologi tidak diterima di Malaysia atau Islam, dan kerajaan sememangnya komited untuk memerangi keganasan dalam semua bentuk dan penyamaran, baik di negara ini mahupun di luar negara.

"Kami akan berusaha untuk mengetahui bagaimana dan mengapa kedua-dua anak muda ini sanggup melakukan perbuatan kejam ini, dan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk mengelakkan orang lain daripada berbuat demikian pada masa depan," kata beliau.

Menurut laporan berita hari ini, dua rakyat Malaysia meletupkan diri mereka sendiri, menyebabkan lebih 30 orang di Syria dan Iraq maut minggu lepas.

Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, yang berasal dari Terengganu, meletupkan bom yang berada padanya dalam sebuah kereta semasa pertempuran di kubu kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Raqqa, Syria, pada 29 Disember, menurut laporan itu.

Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31, yang melaksanakan misi pada malam 3 Jan, ialah seorang daripada tujuh pengebom berani mati yang menyusup ke pusat latihan polis di pangkalan tentera Speicher, kira-kira 160km ke utara Baghdad, Iraq.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan