LZS Nafi Beri Bantuan RM400 Kepada Ibu Bapa Ada Tiga Anak Bersekolah

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 10:12 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Isnin menafikan pihaknya akan memberi bantuan RM400 kepada ibu bapa yang mempunyai tiga anak bersekolah tahun ini seperti yang tersebar dalam laman sosial.

Menurut lembaga itu dalam satu kenyataan di sini, tiada pemberian seumpama itu diadakan, dan orang ramai diminta tidak mempercayai maklumat yang tersebar sejak awal Januari.

"LZS memohon semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat tanpa merujuk kepada lembaga. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi talian zakat Selangor 1-800-88-5353 atau layari laman web www.zakatselangor.com.my dan facebook LembagaZakatSelangor.MAIS," menurut kenyataan itu.

Mengenai bantuan zakat pelajaran yang turut tersebar menerusi laman sosial, lembaga itu menyatakan pihaknya ada menyediakan bantuan tersebut setiap tahun menerusi Bantuan Umum Pelajaran (BUP).

Permohonan untuk BUP terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam selain lahir dan menetap di Selangor, atau bermastautin dan masih menetap di negeri itu tidak kurang daripada tiga tahun.

Menurut LZS, permohonan tertakluk kepada garis panduan dan syarat kelayakan.

"Bagi anak-anak asnaf fakir dan miskin, bantuan berbentuk kewangan itu diberikan menerusi BUP di bawah asnaf Fisabilillah," menurut kenyataan itu.

Permohonan BUP dibuka mulai Januari hingga Mac bagi pelajar pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Pada Julai hingga September, hanya untuk pelajar IPT.

Bagaimanapun, permohonan BUP bagi pelajar tahun pertama di IPT dibuka sepanjang tahun dan pemohon hanya boleh memohon sekali dalam tempoh setahun, menurut LZS.

Tags / Kata Kunci: Lembaga Zakat Selangor

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan