Kelantan Setuju Cat Stadium Merah Jambu

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 6:52 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bersetuju warna Stadium Sultan Muhammad ke-IV diubah daripada Merah-Putih kepada Merah Jambu-Putih.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata selain itu PSK juga bersetuju diwujudkan laluan dan tempat khas bagi wanita dan keluarga di stadium berkenaan.

"PSK membenarkan beberapa pengubahsuaian dilakukan ke atas stadium itu dan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman perlu membuat permohonan melalui saluran yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi PSK yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung  KAFA Datuk Ismail Md Noor di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Isnin.

Penasihat Kehormat KAFA yang juga pemilik Vida Beauty Sdn Bhd sebelum ini dilaporkan berkata antara syarat penajaan yang dikenakan kepada KAFA termasuk menukar warna stadium, laluan dan tempat khas kepada wanita di stadium itu.

Sementara itu, Annuar berkata KAFA juga bersetuju menukar nama The Red Warriors (TRW) kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors kerana ia hanya nama jolokan sahaja.

"Kita akan hantar surat permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perkara itu esok agar ia dapat dimaklumkan kepada juruacara stadium, syarikat televisyen serta radio. Kita tetap pasukan Kelantan, yang berubah hanya nama jolokan sahaja," katanya.

Ditanya mengenai hasrat Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida untuk menyambar penyerang sensasi Thailand, Teerasil Dangda, Annuar menegaskan tiada sebarang rundingan dilakukan oleh KAFA setakat ini.

"Di pihak KAFA kita tak ada rundingan (untuk mengambil Teerasil) tapi kalau Dr Vida nak bawa pemain itu, kita setuju. Kita sukalah dapat pemain bagus tapi biar betul-betullah," katanya.

Akhbar hari ini memetik jutawan kosmetik itu sebagai berkata akan mengambil khidmat Dangda sebagai pemain import baharu The Red Warriors, namun ia akan dibincangkan dengan Annuar dan Ketua Jurulatih TRW K Devan sebelum berbuat demikian.

Dangda, yang menjaringkan 33 gol dalam 70 penampilan bersama Thailand kini beraksi selaku pemain pinjaman bersama kelab Almeria di Liga Sepanyol dan dijangka kembali ke pangkuan pasukan asalnya, Muangthong United pada 20 Januari ini.

Sepanjang mewakili Muangthong United dari 2009 hingga 2014, pemain berusia 28 tahun itu menghasilkan 86 gol daripada 186 penampilannya bersama naib juara Liga Premier Thailand musim lalu itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan