IS Turut Mahu Rekrut Bukan Islam - Tiong Lai

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 10:02 AM

Liow Tiong Lai.

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS) yang turut mahu merekrut orang bukan Islam.

"Mereka mencari jalan untuk menembusi masyarakat Cina tempatan, bagi mempengaruhi orang kita terhadap keganasan," katanya pada seminar mengenai ancaman IS di Kg Chamang pada Ahad.

Liow berkata, kumpulan pengganas cuba untuk merekrut orang Cina beragama Islam dalam cubaan untuk menyebarkan pengaruh dalam masyarakat itu.

"Internet dan media sosial menjadi alat yang berkuasa untuk menyebarkan pengaruh mereka. Mereka menggunakan Islam bagi mencapai matlamat keganaan mereka," katanya sambil menambah bahawa ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa propaganda mereka dan aktif berkhidmat untuk kumpulan IS di Syria.

Beliau menegaskan terdapat lebih 50,000 pesimpati IS di negara ini, dengan menggesa rakyat Malaysia berwaspada setiap masa.

"Walaupun hanya satu peratus dari 50,000 yang menjadi ekremis, negara boleh jatuh ke dalam serangan keganasan mereka," kata Liow.

Beliau berkata, mesej IS tidak dapat ditapis sepenuhnya berikutan percambahan media sosial.

"Apa yang kita boleh lakukan ialah mendidik rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat supaya mereka memahami bahawa ancaman itu adalah benar," katanya.

Dalam pada itu, Liow memuji pasukan polis di atas kecekapan mereka dalam menghentikan penyebaran pengaruh IS.

"Hanya lima hari selepas ancaman bom di Jalan Alor tahun lalu, polis berjaya mengesan pengganas yang dikatakan merancang untuk melancarkan serangan itu," katanya.

Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak bersikap sambil lewa di atas keamanan negara kerana mereka dengan mudah boleh dimusnahkan oleh kumpulan ekstremis.

"Negara kita dibina di atas nilai-nilai kesederhanaan dan kepelbagai budaya. Marilah kita memperkukuhkan nilai-nilai yang diwujudkan oleh nenek moyang kita," kata Liow.

Tags / Kata Kunci: IS

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan