Tiba Masa PAS Berhadapan BN - Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: PAS tidak akan menyerahkan kerusinya kepada mana-mana parti pembangkang pada pilihan raya akan datang, kata Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya parti itu belajar daripada pengalaman lalu bersama Parti Negara dan Semangat 46.

Jelas beliau lagi, parti itu banyak berkorban dengan menyerahkan kerusi mereka kepada parti sekutu.

Justeru sudah tiba masanya untuk PAS bersemuka dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

"Apabila bekerjasama dengan Parti Negara, kita menyerahkan kerusi kita kepada mereka. Apabila bekerjasama dengan PKR, kita membantu mereka dengan jentera pilihan raya.

"Dan sekarang, mereka meminta kita untuk bekerjasama dengan gabungan baharu, yang bererti bahawa kita perlu memberikan kerusi kami. Itu tidak akan berlaku," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya PAS Selangor di sini, Ahad.

"Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah memberitahu kami untuk membantu sekutu kita, tetapi apabila mereka menang, mereka menendang kami keluar," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , BN

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan