PM Singapura Harap Najib Cepat Sembuh

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 9:56 AM

Lee Hsien Loong

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyatakan harapan semoga Datuk Seri Najib Tun Razak segera sembuh.

Najib pada Sabtu selamat menjalani pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan kecil pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Lee dalam laman Twitter beliau berkata: "Gembira apabila mengetahui bahawa tuan selamat menjalani prosedur hari ini. Berharap semoga tuan segera sembuh dan dapat berjumpa tuan tidak lama lagi. - LHL ".

HKL dalam satu kenyataan berkata perdana menteri menjalani pembedahan itu sebagai pesakit luar dan telah pulang ke rumah untuk berehat.

Tags / Kata Kunci: Lee Hsien Loong , Najib Tun Razak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan