Peka Dakwa Penerokaan Masih Giat Dilakukan Di Hutan Simpan Lentang

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 6:00 PM

Kayu balak berdekatan Sungai Benus turut ditebang di Hutan Simpan Kekal Lentang ketika empat jam meninjau kawasan yang diceroboh, Ahad. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) mahu kerajaan negeri segera campur tangan menghentikan aktiviti penerokaan hutan di hutan simpan berkenaan bagi mengelak berlakunya kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat.

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mendakwa pembalakan yang menjadi punca utama kejadian banjir lumpur di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 11 Nov tahun lepas, sehingga kini masih giat dilakukan di Hutan Simpan Kekal Lentang.

Presidennya Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata walaupun sebelum ini pelbagai pihak menafikan keadaan itu, Peka mempunyai bukti jelas menunjukkan kegiatan penerokaan hutan tersebut semakin serius.

Bagi membuktikan perkara itu, Peka bersama beberapa agensi media termasuk Bernama, meninjau kawasan terlibat dan hasilnya amat mengejutkan apabila tanda-tanda penerokaan di hutan itu masih terus berlaku.

Banyak tunggul kayu balak dipercayai baru ditebang sebulan lepas, ditemui sebaik memasuki lebih tiga kilometer ke dalam hutan itu dengan menggunakan jalan tanah merah berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi.

Antaranya, termasuk dari jenis cengal merah dan meranti yang mempunyai nilai tinggi di pasaran.

Tinjauan turut menemui beberapa papan tanda yang menunjukkan notis lesen  kegiatan pembalakan berakhir pada tahun lepas.

Paling memeranjatkan, terdapat papan tanda mengenai sebuah projek baharu, iaitu cadangan membina sebuah empangan mini hidro elektrik di kawasan Sungai Benus di situ.

Mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1924, sebarang pendudukan atau perjalanan aktiviti di hutan simpan kekal adalah dilarang, dan jika ingkar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Lebih teruk lagi, apabila anak-anak sungai turut terjejas ekoran alirannya disekat bagi membina jambatan balak dipercayai untuk mengangkut keluar hasil hutan itu.

Perlu diingat, Hutan Simpan Lentang ini mempunyai keistimewaannya sendiri kerana ia kawasan tadahan air dan mempunyai banyak kawasan air terjun dan anak-anak sungai, kata Shariffa Sabrina.

"Satu pemandangan amat sedih apabila melihat pokok-pokok hutan dan kayu balak dipotong sesuka hati termasuk di kawasan penampan sungai. 

"Jadi, Peka telah menjawab persoalan mengenai punca kejadian banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Kita harap kerajaan akan memberi perhatian segera kepada perkara ini bagi mengelak kejadian lebih buruk," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan