Menteri Kaji Keputusan Mahkamah Isu Tukar Agama

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 9:51 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga hingga empat menteri diarahkan untuk mengkaji keputusan Mahkamah Rayuan mengenai baru-baru ini mengenai isu penukaran agama.

Menteri-menteri itu dipercayai ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam; Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan rakan sejawatannya, Nancy Shukri.

Dr Subramaniam, yang juga Presiden MIC, memberitahu akhbar harian Tamil bahawa jawatankuasa yang dianggotai empat menteri itu ditubuhkan untuk mengkaji masalah-masalah yang timbul berhubung penukaran agama kepada Islam yang dihadapi seorang ibu tunggal.

Kebimbangan itu tercetus oleh susulan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru mengenai kes guru tadika, M. Indira Gandhi.

Pada 30 Disember, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mualaf Muhammad Riduan Abdullah untuk mengetepikan keputusan sebelum itu yang menolak pengislaman 3 anaknya, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa.

Dia menukar agama anaknya tanpa pengetahuan bekas isterinya, Indira yang merupakan responden dalam kes ini.

Pihak yang terlibat juga termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Perak dan jabatan agama Islam negeri itu.

Riduan, atau nama asalnya Patmanathan memperoleh hak penjagaan dari Mahkamah Syariah pada September 2009 dan pada November 2010, Pendaftar Penukaran Agama mengeluarkan dokumen rasmi pengislaman anaknya.

Sementara itu Dr Subramaniam dilaporkan berkata bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju mengenai penubuhan jawatankuasa itu selepas beliau membangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu.

Katanya, Najib mahu jawatankuasa itu mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dalam usaha menyelesaikan isu itu.

Menurut laporan itu lagi, mesyuarat pertama dengan Peguam Negara telah diadakan pada hari Khamis lalu di mana pelbagai langkah untuk menghalang penukaran agama kepada Islam oleh seorang ibu tunggal telah dibincangkan.

Tags / Kata Kunci: M Indira Gandhi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan