Makmal Sains Canggih, Fleksibel Akan Dibina Di 502 Sekolah

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 5:21 PM

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh (dua, kanan) melihat sistem pembelajaran menggunakan Makmal Rintis Strategi Lautan Biru Kebangsaan Program Inisiatif Libat Sama (NBOS-PILS) selepas merasmikan penyerahan kunci makmal tersebut, Ahad. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Seri Zaini Ujang (kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BESUT: Sejumlah 502 buah sekolah menengah di seluruh negara akan mempunyai makmal sains mudah alih, fleksibel dan dilengkapi peralatan canggih bagi membantu para pelajar lebih cemerlang dalam mata pelajaran sains.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pada masa ini tujuh daripada 502 makmal berkenaan telah diubah suai serta dinaik taraf di tujuh buah sekolah terlibat.

"Tujuh buah sekolah yang makmalnya telah diubah suai dan dinaik taraf ialah Sekolah Menengah Agama Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang; Sekokah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil, Selangor; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq, Besut dan SMKA Wataniah, Besut.

"Begitu juga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud 2, Besut; SMK Pelagat, Besut dan SMK Wakuba, Tawau, Sabah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan makmal sains berkenaan kepada SMK Tengku Mahmud 2, dekat sini Ahad.

Turut hadir, Ketua Setiusaha KPT, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Asma Ismail, Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Tengku Mahmud 2, Che Zainon Che Salleh.

Idris yang juga Anggota Parlimen Besut berkata makmal sains canggih itu juga mampu dibina dalam tempoh singkat iaitu tidak sampai sebulan berbanding tempoh biasa.

"Kos pembinaan makmal sains itu berjumlah RM162,704 setiap sebuah iaitu jauh lebih murah berbanding RM300,000 (jika menggunakan kaedah konvensional).

"Ia dibina hasil penggabungam kepakaran KPT dengan Kementerian Pendidikan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan Program Inisiatif Libat Sama (PILS)," katanya.

Antara keistimewaan yang terdapat pada makmal sains itu ialah bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pembelajaran subjek sains malah mata pelajaran lain iaitu biologi, fizik, kimia, matematik selain boleh digunakan untuk bermesyuarat.

Katanya, makmal itu juga dilengkapi dengan papan putih pintar, kebuk wasap tanpa saluran yang lebih fleksibel dan ia mudah diurus yang merupakan hasil kerjasama 20 pensyarah pakar dari universiti awam dan politeknik.
Tags / Kata Kunci: makmal Sains , Datuk Seri Idris Jusoh

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan