Bauksit: SPRM Panggil Enam Pegawai PTG Pahang Bantu Siasatan

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil enam lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bagi membantu siasatan rasuah melibatkan perlombongan bauksit.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata enam suspek itu, termasuk seorang wanita, berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun, diarahkan hadir ke pejabat SPRM di sini pagi ini.

"Bagaimanapun mereka dilepaskan selepas memberi keterangan dan pemeriksaan dilakukan di rumah dan pejabat masing-masing," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Azam berkata ada antara mereka disyaki terlibat menjual dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong tidak berlesen.

Borang itu yang disebut sebagai docket oleh penduduk setempat, dikeluarkan PTG dengan bayaran RM1, namun siasatan SPRM mendapati borang berkenaan dijual pada harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.

Setakat ini, SPRM telah menahan tujuh individu, termasuk seorang pegawai kanan dan tiga pegawai PTG kerana disyaki menerima rasuah daripada pengusaha lombong bauksit haram.

Tiga lagi yang ditahan adalah orang awam, termasuk seorang wanita yang dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam penjualan Borang 13D, yang perlu disimpan pemandu lori semasa proses pengangkutan bahan mineral itu.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: bauksit , SPRM , PTG Pahang , Azam Baki

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan