Semua Sekolah Agama, Tahfiz, Rumah Anak Yatim AKan Didaftar - Azeez

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

BALING: Semua sekolah tahfiz, sekolah agama dan rumah anak yatim persendirian di kawasan Parlimen Baling akan didaftarkan dengan Pusat Khidmat Parlimen Baling bagi memudahkan bantuan disalurkan dengan teratur.

Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim berkata apabila didaftarkan, bantuan segera akan dapat disalurkan seperti melibatkan bencana, bantuan awal persekolahan dan sambutan perayaan.

"Usaha mendaftarkan semua pusat tahfiz, rumah anak anak yatim dan sekolah agama persendirian di kawasan Parlimen Baling akan dilakukan secepat mungkin," katanya ketika berucap merasmikan majlis Muzakarah Imam-Imam seluruh daerah Baling di sini, Ahad.

Hadir sama di majlis itu, Eksekutif Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara Zuhri Husin.

Majlis berkenaan adalah anjuran Pusat khidmat Anggota Parlimen Baling dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang turut membentangkan beberapa kertas kerja oleh beberapa penceramah.

Azeez juga berkata, muzakarah saperti itu juga akan dibuat membabitkan golongan remaja, pelajar di pusat pengajian agama, individu dan kepimpinan masyarakat di daerah Baling.

Pada sidang media selepas itu Azeez mahu semua kepimpinan masyarakat dapat membantu pihak pihak berkuasa seperti polis dalam membanteras penyalahgunaan dadah di tempat masing-masing.-- Bernama


iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan