Ahli PAS Dilarang Hadir Majlis Amanah Dan DAP

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 7:29 PM

Datuk Takiyuddin Hassan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli PAS kini 'dilarang' daripada menghadiri mana-mana majlis atau acara berkaitan Parti Amanah Negara (Amanah) atau DAP, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.


Katanya, setiap ahli juga perlu memohon kebenaran daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terlebih dahulu untuk menghadiri program anjuran mana-mana parti politik lain.

Menurut pekeliling oleh Takiyuddin kepada ahli-ahli parti pada Ahad, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah membuat keputusan itu semasa mesyuarat pada Jumaat untuk 'mengekalkan perpaduan parti dan untuk mengelakkan perlanggaran perlembagaan dan arahan parti'.

Kenyataan itu mengarahkan supaya arahan itu disampaikan kepada ahli parti di semua peringkat.

"Ahli PAS adalah dilarang untuk mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama, membantu atau menyertai mana-mana program Amanah atau DAP di semua peringkat," kata pekeliling itu.

"Ahli PAS mesti mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri mana-mana program atau aktiviti politik yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik lain di mana mereka telah menerima jemputan," kata beliau.


Pengecualian kebenaran untuk sebarang acara yang dianjurkan oleh DAP dan Amanah adalah 'dilarang terus'.

Ahli-ahli parti juga diingatkan supaya tidak melanggar sebarang perlembagaan parti, khususnya dalam Fasal 16 dan 82 yang merangkumi disiplin dan hak-hak ahli.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan