YPM-Maybank Islamic Bantu Pelajar Kurang Mampu

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 5:16 PM

Abdul Karim memakaikan baju sekolah kepada salah seorang anak angkat YPM-Maybank Islamic di Pusat Pakaian Hari-Hari, Jalan Tunku Abdul Rahman pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bermatlamat untuk memberi keselesaan kepada pelajar sepanjang proses pembelajaran, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama Maybank Islamic melaksanakan tanggungjawab dengan menyediakan pakaian dan kelengkapan sekolah kepada remaja kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa meluangkan masa untuk bersama pelajar yang menerima bantuan sumbangan Maybank Islamic ini melibatkan tajaan bernilai RM150 seorang.

"Semua pelajar terlibat adalah sebahagian daripada 60 anak angkat YPM-Maybank Islamic di sekitar Wilayah Persekutuan.

"Keseluruhannya, 863 pelajar menerusi program sama menerima bantuan persekolahan di seluruh negara," kata Abdul Karim pada majlis ringkas di Pusat Pakaian Hari Hari Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, Sabtu.

Selain itu, katanya, sepanjang tahun lalu, jumlah anak angkat YPM-Maybank Islamic mencecah 1,000 orang di mana  137 daripadanya telah tamat Tingkatan 5 dan kini menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tags / Kata Kunci: YPM , Maybank Islamic , Abdul Karim Mustafa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan