RUU MKN Tidak Atasi Kuasa Agong Isytihar Darurat - Nur Jazlan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak akan mengatasi atau menggugat kuasa Yang diPertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan Menteri Dalam Negeri itu menjelaskan, dokuman itu yang dibentangkan dan diluluskan di Parlimen, Disember lalu menetapkan kuasa untuk mengumumkan sebarang kawasan kecil di Malaysia sebagai kawasan kawalan keselamatan jika perlu.

"Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara tidak mempunyai kuasa untuk mengisyiharkan darurat, bermakna kuasa untuk berbuat demikian hanya terletak pada Agong.

"Tiada keraguan atau percanggahan mengenainya," katanya selepas menghadiri program Berjalan Ke Perpustakaan di Perpustakaan Awam Johor di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu mengenai Parti Amanah Negara yang mempertimbangkan untuk mencabar rang undang-undang itu bagi mengelak ia mengatasi kuasa Agong.

Rang Undang-Undang berkenaan diluluskan tanpa sebarang pindaan selepas dua hari dibahas di Dewan Negara pada 22 Disember menyediakan 15 kuasa khas untuk menyelaras operasi keselamatan negara.

Ia juga memberi kuasa kepada Perdana Menteri atas nasihat majlis untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di negara ini sebagai kawasan kawalan keselamatan dan kuasa khas kepada pasukan keselamatan seperti polis dan tentera.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan