Murid 'Dipaksa' Ambil Subjek Bahasa Arab Dipindahkan Ke Sekolah Lain

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 3:27 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada murid yang terpaksa mengambil bahasa Arab sebagai subjek 'elektif' di sekolahnya telah memindahkan anak mereka ke institusi lain.

Bapa murid itu membuat keputusan itu selepas guru besar SK St Teresa Brickfields berkata, anaknya terpaksa mengambil subjek bahasa Arab untuk tujuan penilaian, walaupun tiga tahun pertama di sekolah itu dia tidak mempelajarinya.

Beliau berkata, anaknya itu mendapat markah '0%' untuk subjek bahasa Arab dalam kad laporannya selama tiga tahun dan beliau tidak kisah.

"Semasa kelas pembelajaran bahasa Arab, anak saya akan berada di perpustakaan membaca buku," katanya.

Tetapi pada tahun ini beliau berkata guru besar itu menegaskan bahawa anaknya terpaksa memasuki kelas itu atas sebab-sebab penilaian.

"Selama tiga tahun kita tidak mempunyai masalah. Mengapa sekarang?" katanya.

Beliau telah memberitahu guru besar tentang hasratnya untuk memindahkan anak perempuannya ke sekolah lain, tetapi telah dinasihatkan untuk kekal di sana dan meneruskan subjek bahasa Arab.

Difahamkan, sekolah itu menawarkan bahasa Arab sebagai bahasa elektif kerana jumlah pelajarnya yang rendah. Sekolah ini mempunyai bilangan murid hanya seramai 54 pelajar.

Di sekolah semasa kanak-kanak itu, ayahnya berkata, pelajar Islam akan menghadiri kelas bahasa Arab manakala yang bukan Islam pergi ke perpustakaan.

Pada Jumaat, surat isterinya Winlita Sandosam telah disiarkan dalam akhbar The Star mengadu tentang keadaan yang mereka hadapi.

"Sebagai ibu bapa, apa pilihan yang ada? Tiada, kecuali untuk meletakkan anak-anak kita di sekolah antarabangsa, dan ini akan menjadi beban tambahan kepada pendapatan kami yang semakin susut nilai," katanya.

Tags / Kata Kunci: elektif , bahasa Arab

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan