Jangan Campur Tangan Urusan Parti Rakan - Dr Wan Azizah

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 5:55 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Komponen pakatan pembangkang baharu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan diingatkan supaya tidak campur tangan dengan urusan dalaman parti-parti sekutunya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, teguran atau kenyataan terbuka boleh disalahtafsir konon wujudnya pergolakan dalaman antara mereka.

"Dengan adanya Perjanjian Pakatan Harapan ini, InsyaAllah jika ada pun sebarang pertikaian selepas ini, saya harap kita kembali kepada prinsip dan kaedah yang sama-sama kita meterai hari ini.

“Setiap gerak geri kita diperhatikan. Marilah kita mengambil iktibar dari harapan rakyat dengan membuktikan bahawa kita boleh menampilkan kesatuan politik yang paling jitu di antara semua parti-parti politik yang ada sekarang,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Perjanjian Pakatan Harapan antara partinya, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) di sini, Sabtu.

Selain itu, Dr Wan Azizah berkata, beliau yakin bekas pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepimpinan Pakatan Harapan belajar daripada kegagalan kerjasama politik pembangkang sebelum ini.

“Tugas membentuk dan mengharmonikan satu pakatan pembangkang yang kuat, mampan dan kekal lama bukanlah tugas enteng.

"Saya cukup yakin bahawa Anwar yang dipenjara, mahukan kita belajar dari pengalaman lepas, ambil iktibar dari kesilapan mahupun kelemahan untuk kita bermuafakat.

“Tumpuan kita bukan kepada unsur-unsur dalaman parti, antara parti atau kepada satu individu tetapi mesti jitu hanya untuk kemenangan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan