Kajian Penggunaan Vape Dibentang Ke Kabinet Akhir Januari

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 10:34 PM

(Ubah saiz teks)

LARUT: Keputusan kajian mengenai penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape akan dibentang kepada kabinet akhir bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata, kajian itu antara lain bertujuan mengetahui sejauh mana wap dari vape boleh menjejaskan kesihatan selain menentukan spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh pengeluar.

"Sekiranya mahu penggunaan vape kekal di negara ini, pengguna dan penjual vape perlu memenuhi prosedur dan kriteria yang akan ditetapkan.

"Saya sedar banyak negeri telah mengeluarkan fatwa mengharamkan vape kerana mereka merasakan vape itu sesuatu yang boleh menjadikan seseorang individu mendapat penyakit tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program minum petang bersama Wanita Umno Larut di Batu 20, Sabtu.

Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut menarik perhatian apabila berkata setakat ini belum ada kajian sama ada dari dalam atau luar negara yang dapat membuktikan penggunaan vape boleh mendatangkan keburukan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, apabila peraturan mengenai penggunaan vape diwujudkan kelak ia akan memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang menyalahgunakannya.

"Apabila ada undang-undang, maka mudah untuk kita ambil tindakan kerana bila tidak ada undang-undang apa sahaja kesalahan yang dibuat kita belum ada akta yang boleh ambil tindakan.

Sebagai contoh ada vape yang tidak ada nikotin apabila seseorang itu menggunakan vape, saya difahamkan asap yang keluar bukanlah seperti tembakau tetapi ia adalah wap. Ada beza antara wap dan asap yang boleh merosakkan seseorang," katanya.

Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram dan keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat. - Bernama

Tags / Kata Kunci: vape

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan