Pakatan Harapan Ikat Janji Kerjasama Politik Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 10:39 AM

Barisan kepimpinan pakatan pembangkang - PKR, DAP, Amanah yang membentuk kerjasama politik baharu secara rasmi pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pakatan pembangkang mencipta sejarah tersendiri apabila menandatangani perjanjian bersama antara tiga parti anggotanya bagi membentuk kerjasama politik baharu.

Menggunakan nama baharu - Pakatan Harapan, pembentukan kerjasama itu dilihat bakal bergerak dengan lebih tersusun mengikut tujuh prinsip menerusi perjanjian 'hitam putih’ yang mengikat Parti Keadialan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Tujuh perjanjian berkenaan meliputi perkara asas iaitu prinsip dalam membuat keputusan bersama, pembinaan kesatuan politik, prinsip penyelesaian pertikaian, dasar bersama, perjalanan pilihan raya, perjalanan kerajaan dan pembangkang dan keabsahan pakatan.

Perjanjian yang pertama kali dimeterai antara sekutu pembangkang itu ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Perjanjian tersebut dibentang secara rasmi dalam persidangan pertama Pakatan Harapan oleh Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat.

Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September 2015 selepas persidangan meja bulat antara parti dan NGO pro-pembangkang kecuali PAS.

Ia susulan berkuburnya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat pada Jun 2015 selepas ditubuhkan secara rasmi pada 2009.



Tags / Kata Kunci: Pakatan Harapan , PKR , Amanah , DAP , Lim Kit Siang

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan