Had Laju, Laluan Baharu Kepada Lori Bauksit - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Kementerian Pengangkutan akan menetapkan had laju dan laluan baharu yang boleh dilalui lori membawa muatan bauksit, bagi mengurangkan kesan pencemaran semasa proses pengangkutan bahan mineral itu.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu terkandung dalam penambahbaikan peraturan membawa bauksit, hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan akan diserahkan kepada kerajaan negeri Pahang.

Beliau tidak menolak kemungkinan penggunaan kotak hitam atau teknologi terkini lain, jika tiada pilihan lain bagi memastikan tiada lori bauksit dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.

"Kita adakan had laju kepada lori kerana ada pemandu yang mahu mengambil lebih banyak trip akan dipandu laju yang membahayakan penduduk dan menyebabkan pencemaran.

"Kita juga akan pastikan semua lori sebelum ke jalan besar perlu dicuci dan ditutup dengan baik serta mematuhi syarat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan bahan bacaan Bahasa Inggeris kepada tujuh buah sekolah di Bentong di sini, Sabtu.

Liow, yang juga Anggota Parlimen Bentong, berkata tumpuan juga akan diberi kepada pelabuhan dan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Saripuddin Kasim untuk meninjau serta memastikan semua syarat yang ditetapkan dipatuhi agar tiada pencemaran berlaku di laut.


"Kementerian akan memastikan saranan oleh JAS seperti tidak membenarkan bauksit bertaburan dan tidak dijadikan tempat simpanan, menggunakan sistem kepungan supaya debu tidak ditiup angin dipatuhi," katanya.

Beliau memaklumkan kementerian turut mendapatkan saranan daripada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IM0) berkaitan pengangkutan bauksit di laut kerana pernah berlaku sebuah kapal membawa bauksit yang tidak mengikut peraturan tenggelam sehingga mengorbankan 18 nyawa.

Mengulas mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu bauksit, Liow berkata beliau mengalu-alukan perkara itu bagi kepentingan semua pihak.

Sementara itu, Liow menyeru lebih ramai orang perseorangan dan syarikat swasta untuk membantu usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, khususnya kepada pelajar sekolah jenis kebangsaan yang perlu menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan