Amanah Gesa DAP Tidak Tanding DUN Johor

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 3:47 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: DAP digesa melupakan hasrat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Cadangan itu disampaikan pemimpin sekutu pembangkang - Parti Amanah Negara (Amanah) kerana bimbang sentimen pengundi terhadap DAP berhubung isu anti Melayu dan Islam.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Zulkifli Ahmad bagaimanapun berkata, pihaknya tiada masalah jika DAP mahu bertanding kerusi Parlimen.

"Kita tak bimbang dengan sokongan rakan-rakan pengundi Tionghua, tapi kita bimbang tentang sokongan pengundi Melayu di Johor.

“Terdapat isu anti Melayu dan anti Islam yang dilemparkan kepada DAP, pada masa sama digambarkan kononnya PRU-14 merupakan pertembungan antara survival Melayu dan kuasa baharu iaitu DAP atau Cina. Ini satu persepsi yang harus diambil berat.

“Oleh itu Amanah Johor mencadangkan supaya DAP tidak letakkan calon Melayu di kerusi DUN kecuali di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan kandungan tujuh fasal Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani PKR, DAP dan Amanah di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, kata Zulkifli, jika DAP tetap mahu bertanding kerusi DUN Johor, parti itu dicadangkan supaya  menggunakan logo sama ada PKR atau Amanah.

"Bagi Johor, undi Melayu amat signifikan. Ia menjadi undi penentu kepada kemenangan Pakatan Harapan di Johor.

“Kalau perlu meletakkan calon di DUN, perlu menggunakan logo PKR atau Amanah,” katanya.

Tags / Kata Kunci: DAP , Amanah , DUN Johor , Zulkifli Ahmad

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan