Pendaki Solo Perlu Dana Misi Tawan Tujuh Puncak

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 6:17 PM

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abdul Rahim Md Ariff (kanan) melihat gambar pendakian Khairil Aslan (kiri) ketika pendaki solo itu mengunjunginya di pejabat MPT, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Pendaki solo Khairil Aslan Ab Rasid mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak untuk merealisasikan impiannya mendaki tujuh puncak di tujuh benua dalam tempoh setahun mulai bulan depan.

Khairil Aslan, 40, berkata perbelanjaan yang diperlukan untuk menjayakan misi mencabar itu mencecah jutaan Ringgit.

"Saya bersyukur dengan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan telah menyatakan sedia untuk mmbantu misi saya kali ini," katanya selepas mengunjungi Yang Dipertua Majlis  Perbandaran Taiping Datuk Abdul Rahim Md Ariff di sini, pada Jumaat.

Tujuh puncak di tujuh benua yang akan didaki Khairil Aslan adalah Aconcagua Argentina di Benua Amerika Selatan; Everest di Asia, Denali di Alaska, Vinsson Massif di Antartika, Kilimanjaro di Afrika, Elbrus Russia di Eropah dan Cartenz Pyramid di Australasia.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata pihaknya bersedia untuk memberikan sokongan moral terhadap anak jati Perak itu khusus dalam membantu mempromosikan aktiviti pendakiannya.

"Kita menyeru dan menggalakkan pihak korporat dan swasta membantu untuk  merealisasikan cita-cita Khairil Aslan menjadi pendaki terpantas tujuh puncak di tujuh benua tahun ini, katanya. -- Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan