Lebih Ramai Mahasiswa Miskin Diberi Bantuan Makanan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 8:38 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Melihat pelajar yang bergelut di universiti kerana kekurangan wang, termasuklah untuk makan bukanlah sesuatu yang baharu tetapi dengan kos sara hidup yang meningkat, ia kini menjadi satu masalah serius.

Ia telah mencapai tahap di mana lebih banyak badan pelajar membantu golongan ini mendapatkan makanan harian mereka. Dan, bilangan pelajar yang memerlukan bantuan itu semakin ramai.

Banyak badan pelajar melaporkan kes-kes di mana pelajar hanya mampu membelanjakan RM1.50 sehari untuk makanan.

Dalam keadaan tertentu, terdapat pelajar yang pengsan kerana tidak makan.

Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia baru-baru ini terhadap sejumlah 26,000 pelajar di enam universiti awam mendedahkan fakta yang mengejutkan.

Lebih separuh daripada responden berkata mereka hanya mampu memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan, manakala ramai juga yang bergantung dengan mi segera atau hanya makan nasi dengan telur goreng dan kicap.


Beberapa badan pelajar telah membuat program kreatif untuk membantu pelajar susah bagi membolehkan mereka mendapat makanan tiga kali sehari.

Kebanyakan program berkisarkan konsep di mana pelajar yang mampu dari segi kewangan terlebih dahulu membayar untuk makanan tambahan yang akan diberikan kepada pelajar yang memerlukan.

Salah satu contoh adalah program 'Project Suspended Meals 2.0' yang diuruskan oleh majlis pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang bermula 21 Disember lalu.

Di bawah program ini, pelanggan membeli kupon bernilai RM2 atau RM4 dan kemudian menampalnya di satu papan untuk dituntut oleh pelajar kemudian.

Kupon makanan juga baru-baru ini diperkenalkan untuk pelajar-pelajar Universiti Malaya dalam usahasama antara Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Yayasan Darul Hijrah.

"'Coupon For The Needs (CFTN)' bermula pada 7 Januari dan lima zon akan dibuka kepada pelajar untuk mendapatkan kupon tersebut.

"Pelajar perlu menghubungi wakil program ini berdasarkan zon mereka, mengambil kupon di kaunter-kaunter kafe, dan menikmati makanan mereka," kata Facebook yayasan itu.

"Setiap kupon bernilai RM4 dan menunya telah ditetapkan melalui persefahaman dengan pengusaha kafe."

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), kumpulan pelajar perempuan Srikandi Putra mengadakan program makanan 'April Food'.

Makanan percuma diedarkan berdasarkan konsep Dapur Jalanan yang memberikan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur. 'April Food' memberi makanan kepada 150 pelajar ketika ia pertama kali dijalankan pada bulan April tahun lepas.

Pelajar UPM turut menjalankan program #FreeshopUPM di mana mereka menawarkan makanan percuma untuk pelajar yang memerlukan pada hari-hari tertentu dan juga menyeru rakan-rakan pelajar untuk menderma untuk tujuan itu.

Sementara itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melancarkan program bantuan makanan dan kebajikan pada September lepas. Melalui program itu, 220 pelajar miskin diberi bantuan sepanjang tempoh kursus mereka.

"Bantuan kewangan RM300 hingga RM400 sebulan akan diberi kepada pelajar yang layak, manakala bantuan makanan akan diteruskan dari semasa ke semasa, bergantung kepada dana," kata laman webnya.


Tags / Kata Kunci: pelajar miskin , bantuan makanan , mahasiswa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan