Hidupkan Semula Pilihan Raya PBT - Mat Sabu

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) mahu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dihidupkan semula di negeri-negeri naungan pakatan pembangkang yang baharu.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, kerajaan negeri seperti Pulau Pinang kini bebas untuk melaksanakan pilihan raya PBT susulan ketiadaan PAS yang sebelum ini menentang keras cadangan berkenaan.

“Oleh kerana parti 'sejarah' kami fahaman perkaumannya tebal, amat tidak suka bila diutarakan mengenai pilihan raya PBT.

"Tapi Amanah ini parti reformasi. Malah Islam juga meletakkan rahmat untuk semua," katanya ketika berucap pada majlis persidangan pertama pimpinan Pakatan Harapan, di sini, Sabtu.

Selain itu, Mohamad yang juga bekas timbalan presiden PAS berkata, pilihan raya PBT mampu menangani pelbagai isu negatif seperti pembaziran dan pecah amanah.

"Kita harap dihidupkan semula pilihan raya PBT. Ianya untuk mengelakkan nepotisme, pembaziran dan korupsi akan dikurangkan.

"Bila ahli majlis dan datuk bandar dipilih rakyat, maka mereka bertanggungjawab kepada rakyat dan bukannya parti,” katanya.

Isu pilihan raya PBT menjadi salah satu punca keretakkan hubungan PAS dan DAP ketika kewujudan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Presiden PAS itu berkata, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.



Tags / Kata Kunci: PBT , Mat Sabu , Amanah , Pakatan Harapan

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan