Ah Heang Halang Ramai Individu Cuba Terjun Jambatan P.Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 11:53 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Mengendalikan perkhidmatan trak tunda, Tan Chin Leong sering dilihat menunggang motosikal di sekitar jambatan Pulau Pinang, setia 'walkie-talkie'nya.

Bagaimanapun, lelaki berusia 39 tahun dari Permatang Pauh yang lebih dikenali sebagai Ah Heang ini tidak hanya berdepan dengan kenderaan rosak, terkandas dan terbabit kemalangan.

Sebaliknya, dia telah menyelamatkan beberapa individu yang cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang sejak berdekad lalu.

Chin Leong yang mula bekerja sebagai pengendali perkhidmatan trak tunda selepas tamat sekolah berkata kebanyakan mereka yang mempertimbangkan untuk membunuh diri mudah dikesan kerana mereka cenderung menunjukkan tingkah laku hampir sama.

"Mereka selalunya datang seorang. Kebanyakan mereka berlinang air mata, ada juga yang menangis.

"Mereka kelihatan pucat dan sayu, menunjukkan mereka telah putus harapan dan melihat bunuh diri sebagai pilihan terakhir," katanya kepada The Star ketika ditemui di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jumaat.

Anak ketujuh daripada lapan adik-beradik ini berkata, selama ini dia telah menyelamatkan lebih daripada 10 orang daripada terjun dari jambatan.

"Pada awal tahun lalu, saya menghalang seorang lelaki berusia 52 tahun daripada terjun. Saya percaya dia berhutang wang.

"Masa itu kira-kira pukul 8.15 malam, saya nampak dia berdiri di tepi jambatan bersama motosikalnya. Dia menangis dan saya bertanya jika dia memerlukan bantuan walaupun saya sedar dia sangat tertekan dan mahu bunuh diri.

"Lelaki itu berkata dia mahu mati. Saya bercakap dengannya, cuba melengah-lengahkan masa sementara saya menghubungi polis," katanya sambil menambah dengan bantuan pihak polis, mereka berjaya menghalangnya daripada mengambil nyawa sendiri.

Bagaimanapun, tiga hari kemudian, Chin Leong sedih apabila mendapat tahu bahawa lelaki itu meninggal dunia selepas terjun dari jambatan itu.

Tetapi ada juga kes dengan pengakhiran gembira untuknya seperti kes seorang wanita berusia 30 tahun yang diselamatkan daripada terjun dari jambatan itu Disember lepas.

"Dia berdiri di tepi jambatan dengan kereta Perodua Vivanya diletakkan di tepi jalan. Saya memberhentikan motosikal saya, berlari ke arahnya, lalu memegangnya.

"Dia cuba melepaskan diri dan bertindak keras sehingga lengan saya berdarah, tetapi saya tidak melepaskannya.

"Dengan bantuan pasukan respons PLUS, kami berjaya menghalangnya sehingga polis datang dan menahannya. Sehingga hari ini, tangan saya masih mempunyai parut besar kesan gigitannya," katanya.

Selain botol besar minyak dan air untuk membantu kenderaan yang kehabisan minyak, dia juga membawa bersama beg yang mempunyai alat untuk membaiki kenderaan rosak.

Pada masa ini, dia yang bekerja di sebuah bengkel di Permatang Pauh, turut disertai rakannya Che Muhammad Izamie Che Mazlan, 23, untuk membuat rondaan.

"Kami mula kerja pada pukul 6 pagi sebelum trafik sesak sebelah pagi dan habis kerja kira-kira tengah malam dengan melakukan purata 10 pusingan sehari," katanya.

Dia menasihatkan orang ramai agar tidak mudah berputus asa dengan kehidupan mereka.

"Fikirkan orang yang anda sayang. Bunuh diri tidak menyelesaikan apa-apa masalah," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan