16 Pelajar Keracunan Makanan Akibat Nasi Goreng

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 9:30 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kes keracunan makanan yang melibatkan 16 murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Tualak, Kuala Nerang semalam disyaki berpunca daripada daging yang digunakan untuk bahan masakan nasi goreng.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata siasatan awal oleh Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap mendapati keracunan makanan disyaki akibat penyediaan daging yang kurang memuaskan.

Dalam kejadian Khamis, lapan murid dan lapan murid perempuan berusia 5 hingga 6 tahun mengalami gejala muntah-muntah, demam dan cirit birit serta sakit perut setelah memakan makanan disediakan pihak sekolah.

Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap menerima makluman kejadian tersebut daripada Unit Kecemasan Hospital Kuala Nerang kira-kira 11 malam semalam.

Dr Norhizan berkata, sehingga jam 5 petang Khamis, sebanyak 10 daripada 16 pelajar mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Nerang.

Daripada 10 pelajar tersebut, tujuh dimasukkan ke wad dengan tiga dirawat sebagai pesakit luar.

"Daripada tujuh yang dimasukkan ke wad, seorang dibenarkan pulang dan kini enam masih dirawat di wad. Pelajar yang dimasukkan ke wad disebabkan keadaan mereka lemah namun stabil," katanya.

Mereka yang terlibat dengan penyediaan makanan katanya juga telah diberi nasihat mengenai cara penyediaan makanan yang betul.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan