PAS Perlu Terima Amanah Sebahagian Pentadbiran Selangor - Khalid Samad - Berita Semasa | mStar

PAS Perlu Terima Amanah Sebahagian Pentadbiran Selangor - Khalid Samad

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 6:16 PM

khalid samad

Khalid Samad.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS perlu menerima hakikat bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor, kata Khalid Samad.

Pengarah Komunikasi Amanah berkata, parti berkenaan berada di negeri itu dan PAS seharusnya menyedari kewujudannya.

"(PAS patut) terima kewujudan Amanah dan ia akan diteruskan, dan parti merupakan sebahagian daripada pentadbiran negeri Selangor," katanya pada sidang media di sini, Jumaat. 

Khalid menambah bahawa parti Islam tersebut juga seharusnya menyedari bahawa Umno merupakan musuh mereka dan adalah penting bagi semua parti pembangkang perlu bersama-sama dan menewaskan Barisan Nasional.

Menurut Khalid, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperuntukkan lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan kepada Amanah, dengan menjanjikan dua lagi dari rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menyatakan bahawa kerusi yang diberikan kepada parti berkenaan seharusnya datang dari PAS, dan bukan hanya dari PKR dan DAP.

Kerajaan Selangor pada Rabu lalu meluluskan empat kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan kepada Amanah.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan