Najib Arah Kementerian Kesihatan Segera Tangani Masalah ICU HTTA Kuantan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 8:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya segera mengambil tindakan untuk menangani masalah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Beliau juga mahu kementerian itu mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani masalah pendingin hawa di unit berkenaan.

"Saya ambil perhatian akan laporan akhbar The Star hari ini berkenaan keadaan Unit Rawatan Rapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), sila ambil tindakan segera menyiasat perkara ini dan mempercepatkan kerja pembaikan serta menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani isu ini secepat mungkin," katanya dalam catatan dalam laman Facebook beliau.

Akhbar The Star melaporkan penghawa dingin di ICU hospital itu tidak berfungsi dan tingkap dibiarkan terbuka bagi membolehkan udara masuk selain kipas berdiri digunakan untuk menyejukkan pesakit dan peralatan penting.

Kakitangan di unit itu juga terpaksa bekerja dalam keadaan panas dan tiada jalan penyelesaian atau segera diambil.

Akhbar itu memetik Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sebagai berkata bahawa sistem pendingin hawa yang uzur di blok itu sudah tidak berfungsi sejak tiga bulan lepas. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan