KSU Kementerian Kesihatan Diarah Selesai Masalah Pendingin Hawa HTTA

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 11:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengarahkan ketua setiausaha kementerian supaya menyelesaikan masalah pendingin hawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) di Kuantan secepat mungkin susulan arahan yang dikeluarkan oleh perdana menteri di Twitter.

Dr Subramaniam berkata, pendingin hawa dan ventilator akan dipasang secara berasingan serta-merta sebagai penyelesaian perantaraan sementara bagi menunggu sistem berpusat beroperasi.

"Saya telah arahkan KSU (ketua setiausaha) untuk menyelesaikan isu ini dengan segera," katanya menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui seorang pegawai kementerian pada Jumaat malam.

Pada Jumaat, The Star menyiarkan laporan muka depan mengenai masalah pendingin hawa gagal berfungsi yang memberi kesan kepada blok utama bangunan lapan tingkat dengan 851 katil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu tender iklan telah disiarkan pada 9 November lalu dan kerja penggantian dijangka bermula pada Mac dan akan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan.

Masalah pendingin hawa berlaku kira-kira tiga bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengarahkan Dr Subramaniam dan Dr Noor Hisham supaya segera menyiasat perkara tersebut dan mempercepatkan kerja pembaikan. 

Najib turut meminta supaya langkah-langkah sementara disediakan bagi menangani isu berkenaan secepat mungkin.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan