Bajet 2016 Perlu Pengubahsuaian - PM

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 9:56 AM

Najib

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengubahsuaian Bajet 2016 akan dilakukan dengan mengambil kira perkembangan semasa ekonomi global, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pengubahsuaian itu perlu dilakukan dalam bajet tahun ini kerana berlaku banyak perubahan sejak ia dibentangkan Oktober lalu.

"Ini bagi memastikan bahawa ia tepat, realisitik dan sesuai dengan keadaan ekonomi yang sedang kita hadapi," katanya ketika berucap pada perhimpunan khas dengan warga Kementerian Kewangan di sini, pagi Jumaat.

Najib bagaimanapun tidak menetapkan tarikh khusus pengubahsuaian tersebut akan dibentangkan tetapi menunjukkan bahawa ia akan dilakukan tidak lama lagi.

Perubahan itu merangkumi langkah-langkah tambahan yang akan diambil untuk mengoptimumkan perbelanjaan dan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Najib memberi jaminan walaupun pengubahsuaian Bajet 2016 perlu dilakukan, kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan kerajaan.


Tags / Kata Kunci: pengubahsuaian , Bajet 2016 , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan