ATM Sahkan Dua Anggotanya Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Tembak - Berita Semasa | mStar

ATM Sahkan Dua Anggotanya Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Tembak

Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 9:35 PM

Anggota forensik dari jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan di lokasi kejadian setelah seorang penjenayah ditembak mati oleh anggota tentera pada sekatan jalan raya tentera di Kampung Gual Ubi Keling dekat Rantau Panjang, Jumaat. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat mengesahkan dua anggotanya kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan yang seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes penyeludupan.

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin berkata selain polis, ATM turut melakukan siasatan terhadap kejadian itu.

"Pihak polis (sedang) membuat siasatan... pihak tentera pun saya telah arahkan untuk buat siasatan atas kejadian yang berlaku.  

"Saya tak dapat komen apa-apa waktu ini. Kita tunggu hasil siasatan polis," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Jumaat.

Difahamkan, dalam kejadian 7.15 malam Khamis, seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an maut selepas terkena tembakan anggota tentera yang bertugas di sebuah pos kawalan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Anggota tentera itu melepaskan tembakan setelah van yang membawa lelaki itu, tidak berhenti di pos kawalan untuk pemeriksaan.

Tembakan itu dikatakan terkena lelaki itu yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi pada Jumaat enggan mengulas mengenai kejadian itu. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan