Universiti Perlu Wujud Kerja Sementara Bantu Pelajar Tampung Kos Sara Hidup

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 11:07 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pekerjaan sementara di kampus perlu diwujudkan pihak universiti bagi membantu pelajar kurang berkemampuan memperoleh wang tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mohamed Aslam Haneef berkata antara peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan dalam kampus adalah seperti di bahagian pentadbiran, koperasi dan pengurusan perpustakaan.

"Sebenarnya di universiti ada banyak pekerjaan sambilan dan tidak salah sekiranya peluang itu diberikan kepada mahasiswa yang memerlukan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan mereka.

"Universiti boleh membuka tawaran pekerjaan itu mengikut kesesuaian mahasiswa dengan membayar mereka mengikut jam bekerja sekali gus mengurangkan pengambilan pekerja dari luar," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar mengenai nasib pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terpaksa 'mengikat perut' dan mencatu makanan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pekerjaan yang ditawarkan itu mestilah bersesuaian dengan tugas serta waktu kuliah mahasiswa tanpa mengabaikan peranan mereka sebagai pelajar.

Sementara itu, Mohamed Aslam berkata dalam usaha menjimatkan kos pembelian buku rujukan, pentadbiran universiti perlu mengambil peranan membeli buku terpakai daripada bekas pelajar untuk dijual semula kepada mahasiswa baharu dengan harga berpatutan.

Kaedah itu boleh mengurangkan kos pembelian buku baharu yang mahal sekali gus memberi peluang kepada mahasiswa membelanjakan wang mereka bagi urusan lain seperti tugasan luar kampus yang memerlukan perbelanjaan yang lebih.

"Kaedah ini sudah ada tapi perlu diperluaskan lagi kerana difahamkan kebanyakan buku rujukan yang digunakan mahasiswa diterbitkan di luar negara yang nilainya lebih tinggi," katanya.

Mohamed Aslam turut mencadangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneliti kembali jumlah pembiayaan pendidikan kepada mahasiswa bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.

Jelasnya cadangan itu bertepatan dengan kenaikan pelbagai kos perbelanjaan dalam melaksanakan tuntutan sebagai pelajar seperti bahan pencetakan, keperluan menyewa rumah, bayar bil elektrik serta tugasan luar kampus.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: UIAM , IPTA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan