Bauksit: Tengku Abdullah Mahu Kerajaan Cari Penyelesaian Terbaik

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 7:10 PM

TEGAS … Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) bertitah agar semua pihak menghormati arahan menghentikan sementara aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Kuantan ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ke-167, Khamis.

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan pusat dan negeri mencari satu penyelesaian holistik berhubung aktiviti perlombongan bauksit dan bahan mineral lain di negeri ini.

Baginda bertitah tempoh moratorium selama tiga bulan ke atas semua aktiviti perlombongan baukit di Pahang bermula 15 Januari ini perlu digunakan sebaiknya untuk mencari kelemahan prosedur dalam pelaksanaan aktiviti tersebut sehingga mengakibatkan berlaku pencemaran yang serius.

Titah baginda penyelesaian secara holistik itu juga dapat memastikan segala aktiviti perlombongan mineral di negeri ini dapat dilakukan secara lebih lestari tanpa meninggalkan kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk.

"Jadi semasa moratorium ini dilaksanakan, saya minta cari penyelesaian terbaik jangka masa panjang bagi industri mineral di negeri ini dan bukannya langkah bersifat sementara," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, Khamis.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Saffian Ismail.

Kerajaan semalam memutuskan untuk mengenakan moratorium atau pemberhentian sementara aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan berikutan keadaan pencemaran berpunca aktiviti itu menjadi semakin serius.

Tengku Abdullah turut menyambut baik keputusan tersebut sambil berharap semua pihak agar menghormatinya dan tidak ada yang cuba memendekkan tempoh tersebut untuk kepentingan peribadi.

"Saya percaya segala keputusan ini diambil semata-mata untuk mencari kelemahan prosedur yang ada sedia ada dalam melaksanakan aktiviti itu dan bukannya atas dasar hendak menidakkan industri ini daripada diteruskan," titah baginda.

Baginda turut tidak menafikan semua aktiviti perlombongan mempunyai risikonya tersendiri termasuk daripada soal keselamatan mahupun kesihatan penduduk, sehubungan itu prosedur yang sedia ada perlu diperkemaskan.

Mengulas mengenai terdapatnya unsur rasuah dalam aktiviti itu, baginda bertitah ia tidak seharusnya berlaku jika pihak berkuasa mengamalkan integriti dalam melaksanakan tugas masing-masing.

"Kalau prosedur dilakukan sebaik mungkin rasuah dapat dielakkan," titah baginda.
Tags / Kata Kunci: bauksit , Tengku Abdullah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan