PAS Tidak Iktiraf Ahli PBT Amanah

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS Selangor tidak mengiktiraf lapan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang baharu dilantik daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

Selain itu Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman turut mengesahkan bahawa jumlah kuota ahli PBT yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini tidak terjejas dengan pelantikan berkenaan.

"Walaupun PAS tidak mengiktiraf Amanah dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka, namun kami memahami dilema yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali.

"Tetapi ini sama sekali tidak mengubah pendirian kami terhadap Amanah yang telah mengkhianati PAS dan sentiasa menyerang PAS.

"Sehubungan itu kami mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar kerana bilangan ahli majlis dikalangan PAS juga tidak berkurangan walaupun diasak oleh Amanah," katanya menerusi kenyataan.

Pada Rabu Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah mengumumkan keputusan mesyuarat exco yang dipengerusikan Azmin mengenai persetujuan untuk memperuntukkan lapan kerusi kepada wakil Amanah.

Lapan kerusi yang diperuntukkan bagi tempoh dua tahun itu bermula pada 15 Januari 2016 dan berakhir pada 31 Disember 2017.

Ia membabitkan kerusi di majlis perbandaran daerah Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Tags / Kata Kunci: PAS , Parti Amanah Negara , PBT

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan