Terima Dana Israel: PAS Buat Fitnah Jahat - DAP

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 5:19 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP pada Khamis menyifatkan dakwaan PAS bahawa parti itu menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel sebagai satu fitnah jahat bagi menimbulkan kebencian terhadap pemimpin bukan Islam.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata beliau tidak pernah berjumpa atau bersalam dengan pemimpin Israel di Singapura atau di mana-mana.

"Saya tidak faham mengapa DAP dikaitkan dengan Israel, saya tidak pernah jumpa dan salam dengan pemimpin Israel. Saya minta PAS kemukakan bukti mereka berhubung dakwaan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan 24 anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini, Khamis.

Sepuluh daripadanya dari DAP, lapan (PKR), dua (AMANAH) manakala empat dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengulas dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi pilihan raya umum Ke-13.

Mohd Zuhdi juga dilapor berkata antara syarat tawaran itu termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.

Lim meminta PAS mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu dan jika gagal, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan