Najib Terima Kunjungan 11 Perwakilan Malaysia Ke Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 5:30 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama perwakilan Malaysia ke luar negara ketika menerima kunjungan para perwakilan itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra Khamis.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada menerima kunjungan hormat 11 ketua perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik, di pejabatnya di sini.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Ibrahim Abdullah, Mohd Zamruni Khalid (Vietnam), Chuah Teong Ban (Peru), Tajul Aman Mohamad (Romania), Norlin Othman (Sweden) dan Chitra Devi Ramiah (Timor Leste).

Sebelum dilantik ke jawatan itu, Ibrahim ialah Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Mohd Zamruni pula Timbalan Ketua Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia dan Chuah merupakan Duta Besar Malaysia ke Ukraine.

Tajul Aman pula sebelum ini ialah Duta Besar Malaysia ke Bangladesh, Norlin pula pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh dan Chitra Devi merupakan Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, India.

Turut melakukan kunjungan hormat ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Ghulam Jelani Khanizaman, Aminahtun A. Karim (Kanada), Nur Ashikin Mohd Taib (Bangladesh) dan Hishamuddin Ibrahim (Namibia).

Ghulam Jelani ialah seorang pesara kerajaan, Aminahtun (Timbalan Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri), Nur Ashikin (Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan) dan Hishamuddin (Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak).

Seorang lagi yang turut dilantik ialah Datuk Adeline Leong sebagai Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (MFTC) Taiwan.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan