Najib Imbau Kenangan Bersama Ayahanda

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengimbau kenangan bersama Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein yang sudah meninggal dunia empat dekad lalu dan masih segar diingatannya.

"Meskipun dah banyak tahun berlalu, kenangan saya dengan Ayahanda seperti baru semalam beliau masih bersama keluarga. Semoga roh Ayahanda dicucuri rahmat.

Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Facebooknya di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika memaklumkan berhubung sesi temu ramah beliau untuk rancangan khas televisyen sempena 40 tahun pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak yang akan disiarkan pada 14 Jan depan.

Allahyarham Tun Abdul Razak yang lahir pada 11 Mac 1922 merupakan Perdana Menteri Malaysia Kedua bermula 22 Sept 1970 dan digelar sebagai Bapa Pembangunan.

Beliau meninggal dunia kerana penyakit leukemia di London, United Kingdom pada 14 Januari 1976.

Najib pula menjadi Perdana Menteri Malaysia Keenam pada 3 April 2009.

Tags / Kata Kunci: Najib Razak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan