Isu Bauksit Perlu Perhatian Serius Berbanding Vape - Mufti Perlis - Berita Semasa | mStar

Isu Bauksit Perlu Perhatian Serius Berbanding Vape - Mufti Perlis

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 11:46 PM

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Isu pencemaran kegiatan perlombongan bauksit seharusnya diberi perhatian lebih serius berbanding isu penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape, kata Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata isu berkaitan pencemaran bauksit adalah lebih berbahaya dari penjualan dan penggunaan vape.

"Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tetapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?

"Alangkah baiknya, jika isu bauksit ini diberikan perhatian lebih daripada isu vape itu," katanya dalam catatan laman Facebook beliau Khamis.

Beliau turut melahirkan rasa dukacitanya apabila ilmuan agama seolah-olah memandang sepi aktiviti perlombongan bauksit sehingga mengancam manusia, alam, tumbuhan dan haiwan.

Tags / Kata Kunci: bauksit , vape , Dr Mohd Asri Zainul Abidin
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan